Al-Hilal pecah rekod dunia kemenangan berturut-turut

Estimate Reading Time: < 1 minute

JEDDAH, Arab Saudi: Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal mencipta rekod dunia bagi kemenangan berturut-turut oleh pasukan liga utama selepas menundukkan Al-Ittihad 2-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi bagi kemenangan ke-28.

-Advertisement-

Pasukan kendalian Jorge Jesus mengatasi rekod terdahulu 27 kemenangan berturut-turut oleh kelab juara Liga Perdana Wales, The News Saints (TNS) pada musim 2016-17.

TNS memadam rekod 26 kemenangan berturut-turut Ajax Amsterdam, rekod yang bertahan selama 44 tahun.

“Ini benar-benar satu pencapaian luar biasa dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap orang di kelab kerana peranan mereka bagi rekod kemenangan bermakna ini,” kata pengurus Jesus.

-Advertisement-

“Seperti yang saya katakan dalam tempoh ini, bagaimanapun rekod tidak begitu penting berbanding trofi. Terpulang kepada setiap orang di Al-Hilal untuk memastikan kami menamatkan musim sebagai juara liga Saudi dan memenuhi sasaran kami dalam pertandingan piala. Hanya ketika itu kami boleh benar-benar meraikannya.”

Pasukan Jesus mendahului liga Saudi dengan 65 mata, 12 mata di depan kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia kelnarin selepas kalah penentuan penalti kepada Al-Ain.

Al-Hilal, naib juara 2022, akan berdepan Al-Ain pada separuh akhir.

Anak buah Jesus boleh melebarkan rentetan kemenangan mereka apabila melayan kunjungan Damac dalam liga Sabtu ini.
-REUTERS
-BeritaHarian