MELAKA, 14 November 2026 (The Capital Post) – Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan (PH) bagi Melaka, Adly Zahari, dilaporkan tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, hari ini.
Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diterima, Adly yang bertanding atas tiket Parti Amanah Negara (AMANAH) dilaporkan gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas ditewaskan oleh Muhammad Ridzuan yang mewakili PN. – The Capital Post
-Advertisement-