MANCHESTER: Ruud van Nilsterooy kini mendapat peluang kedua untuk membantu Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris semula.
-Advertisement-
Ketika dia meninggalkan kelab Old Trafford dengan 150 gol dalam 219 penampilan, Van Nilsterooy membantu United memenangi Liga Perdana Inggeris 2002-03, Piala FA 2003-04 dan Piala Liga 2005-06.
Selepas 18 tahun, Van Nilsterooy kembali ke Old Trafford untuk membantu mengasah ketajaman barisan penyerang sedia ada United seperti pernah ditampilkannya untuk skuad kendalian Alex Ferguson.
Bekas pengendali PSV Eindhoven itu menolak tawaran mengisi jawatan sama di beberapa kelab termasuk Burnley.
Dia sebaliknya memilih untuk kembali bersama United dan menebus reputasinya selepas berpisah dengan cara kurang menyenangkan.
“Isteri saya mencadangkan supaya saya menghantar mesej kepada Ferguson untuk melihat sama ada dia sudi berbincang, dan dia menjawab: ‘Baik, hubungi saya pada tarikh dan masa ini.’
-Advertisement-
“Saya kemudian menghubunginya dan meminta maaf di atas apa yang sudah berlaku,” kata Van Nilsterooy.
Ketika aksi final Piala Liga di Stadium Millenium Cardiff, Man United menewaskan Wigan 4-0, tetapi ia menjurus kepada perpindahan penyerang Belanda itu.
Ferguson memilih untuk menggandingkan Wayne Rooney dan Louis Saha di bahagian depan, dan selepas pemain gantian terakhir dimasukkan, Van Nilsterooy sedar dia tidak akan beraksi, lalu melepaskan kemarahannya kepada pengendali United itu.
Ferguson terkejut dengan tindakan Van Nilsterooy memarahinya dan penyerang itu dijual kepada Real Madrid pada akhir musim berkenaan dengan harga 10.2 juta pound (RM60.4 juta).
– AGENSI
-BeritaHarian