KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) melancarkan kad debit Visa CIMB yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi membantu kanak-kanak palsi serebrum.
-Advertisement-
Inisiatif ini adalah bagi mewujudkan impak positif sosial untuk membantu kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum membangunkan keyakinan dan kemandirian serta memperjuangkan keterangkuman dengan meningkatkan kesedaran.
Penerima manfaat inisiatif ini adalah daripada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), badan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasa kanak-kanak palsi serebrum menerusi peralatan rehabilitasi dan program pemerkasaan.
-Advertisement-
Menerusi kempen ini, CIMB akan menyumbang RM2 kepada GAPS untuk setiap kad debit Visa yang dikeluarkan bagi membolehkan GAPS beroperasi secara mampan untuk menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.