KUALA LUMPUR: Jenama gaya hidup baharu yang memfokuskan keperluan keluarga, OiYO by MONTIGO membuka lembaran baharu dalam industri barangan keperluan keluarga dengan pelancaran kedai utamanya di Mid Valley Megamall, baru-baru ini.
-Advertisement-
Dengan konsep yang mengutamakan kemudahan dan kreativiti, jenama ini direka khas untuk memenuhi keperluan ibu bapa sibuk serta anak-anak kecil yang sentiasa aktif.
Terletak di Aras 3 Mid Valley, kedai utama ini menawarkan pelbagai jenis peralatan makanan dan minuman yang bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya.
-Advertisement-
Dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga moden, produk OiYO by MONTIGO direka untuk menyokong gaya hidup yang sentiasa bergerak.