KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) perlu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri dalam misi wajib menang berdepan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.
-Advertisement-
Ketua jurulatihnya, Badrul Afzan Razali menegaskan, pertemuan dengan skuad The Rhinos itu bakal menjadi penentu sama ada skuad Penyu mampu bersaing merebut tempat ketiga liga ataupun sebaliknya.
Ini kerana jika TFC mampu melakar kemenangan, perbezaan hanya satu mata dengan skuad Sabah FC, namun jika tewas perjalanan untuk mengintai peluang menamatkan saingan liga di tempat ketiga bagaikan hampir tertutup lebih-lebih lagi pasukan di tangga kelima, Kuching City FC kini mengekori rapat TFC.
-Advertisement-
“Walau apa-apapun, kami perlu menang berdepan Sabah FC dalam misi untuk merapatkan kedudukan dengan skuad itu sekali gus mengintai peluang untuk menamatkan saingan liga di tempat ketiga.
“Saya sifatkan pertemuan itu sebagai perlawanan penentu kepada pasukan kami, jika menang peluang cerah, tapi jika keputusan sebaliknya berlaku dengan berbaki empat perlawanan lagi, peluang itu bagaikan tertutup.
“Jadi pemain perlu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri dengan memperagakan aksi terbaik walaupun sedar beraksi pada bulan Ramadan.
“Apa-apapun saya berkeyakinan dengan pemain mampu menceriakan peminat setia terutama motivasi mereka begitu tinggi selepas menang besar menumpaskan Sri Pahang FC 5-1 pada minggu lalu,” katanya ketika sesi latihan pasukannya.
-Beritaharian