Ingebrigtsen tangguh aksi selepas cedera tumit

Estimate Reading Time: < 1 minute

OSLO: Pelari Norway, Jakob Ingebrigtsen mungkin terpaksa menangguhkan musimnya dan terlepas kejohanan Liga Berlian di laman sendiri selepas juara 5,000 meter Olimpik itu mengalami kecederaan tumit, lapor media Norway semalam.

-Advertisement-

Juara 1,500m berturut-turut Sukan Bislett itu menangguhkan satu kem latihan di altitud tinggi selepas mengalami sedikit ketegangan di tumitnya, jurucakapnya Espen Skoland memberitahu badan penyiar Norway, NRK.

“Kemungkinan besar, dia terpaksa menangguhkan permulaan musimnya,” kata Skoland.

-Advertisement-

“Mereka bekerja keras untuk menanganinya tetapi dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.”

Sukan Bislett akan dilangsungkan pada 12 Jun.

Ingebrigtsen, yang turut menang emas 1,500m pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, dijadual berdepan pencabar utamanya dari Britain, Josh Kerr pada kejohanan Liga Berlian London, Julai ini.
–REUTERS
-BeritaHarian