Penyerang Forest dikejar ke hospital – laporan

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Penyerang Nottingham Forest, Taiwo Awoniyi dikejarkan ke hospital bagi pembedahan kecemasan susulan kecederaan bahagian perut, menurut beberapa laporan semalam.

-Advertisement-

Pemain antarabangsa Nigeria itu mengalami kecederaan apabila dia berlaga dengan tiang gol ketika Forest seri 2-2 menentang Leicester di City Ground kelmarin.

Awoniyi melayangkan badannya dalam usaha menyambut hantaran silang Anthony Elanga dan cuba meneruskan beraksi selepas menerima rawatan selama beberapa minit.

-Advertisement-

Tahap kecederaan sebenar pemain itu hanya disedari staf perubatan Forest semalam dan laporan menyatakan dia dibawa serta-merta bagi menjalani pembedahan, yang dipercayai tidak mengancam nyawanya.
Insiden itu mencetus reaksi marah pemilik Forest, Evangelos Marinakis, yang menyerbu masuk ke tengah padang dan bertengkar dengan bos Nuno Espirito Santo dalam satu insiden aneh selepas wisel penamat.

Marinakis berkata beliau bimbang mengenai keadaan Awoniyi selepas dia dibenarkan beraksi sekalipun Nuno mendapatkan nasihat staf perubatannya ketika masa kecederaan.

Ia hari mengecewakan buat Forest, dengan harapan mereka ke Liga Juara-Juara menerima tamparan paling besar selepas keputusan seri dengan Leicester yang sudah mengesahkan turun divisyen.
-AFP
-BeritaHarian