KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan detik cemas apabila tewas pada set pertama sebelum bangkit dengan aksi lebih meyakinkan untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Thailand di Bangkok, awal pagi tadi.
-Advertisement-
Pilihan kedua kejohanan itu, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, terpaksa berhempas pulas selama 62 minit sebelum menundukkan pasangan bukan pilihan dari Perancis, Julien Maio-William Villeger 22-24, 21-19, 21-15 pada aksi di Stadium Nimibutr.
Aaron-Wooi Yik, yang baru sahaja dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan 2024 dijadual menentang beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita pada pusingan kedua hari ini bagi memburu slot ke suku akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 itu.
-Advertisement-
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai turut mencatat kemenangan apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan pasangan tuan rumah, Pharanyu Khaosamaang-Tanadon Punpanich 12-21, 21-13, 21-15.