JELEBU: Tiga lagi pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri daripada pusat berkenaan kelmarin berjaya ditahan semula.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata tiga pelatih berkenaan ditahan semula jam 12 tengah hari tadi di Jalan Kongkoi kira-kira lima kilometer dari pusat berkenaan.
Ini bermakna empat daripada keseluruhan enam pelatih PUSPEN yang melarikan diri ditahan semula, manakala dua lagi masih dikesan.
Sebelum ini, seorang pelatih ditangkap jam 1 tengah hari semalam berhampiran sebuah kilang.
-Advertisement-
Azizan berkata pelatih berjaya ditangkap berusia 25 hingga 35 tahun, manakala dua yang masih bebas dikenali V Manimaran, 38 dan K Mohanaraj, 25.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau 06-6137999,” katanya hari ini.
-BeritaHarian