20 motosikal musnah terbakar di Parit Buntar

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Sebanyak 20 motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan dan peralatan kenderaan itu di Lorong Parit 1, Titi Serong di Kampung Kedah dekat Parit Buntar, awal pagi tadi.

-Advertisement-

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.50 pagi mengenai insiden membabitkan sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatan motosikal musnah terbakar 70 peratus.

“Kebakaran itu turut membabitkan sebuah kereta Honda FD yang terbakar kira-kira lima peratus. Bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.

“Semua motosikal yang musnah terbakar itu dipercayai model baharu dan lama serta milik pelanggan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata, kerja pemadaman dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Parit Buntar, Bagan Serai, Bagan Tiang serta Kuala Kurau.

Shazlean berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.

–BERNAMA
-BeritaHarian