KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor, menegur tindakan dua timbalan menteri yang rancak berbual sesama sendiri ketika persidangan Dewan Rakyat sesi pagi berlangsung.
-Advertisement-
Ramli membuat teguran itu kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu.
Teguran itu dibuat kerana kedua-dua timbalan menteri berkenaan tidak memberikan perhatian, sebaliknya berbual ketika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sedang menjawab soalan dalam sesi soal jawab.
“Sebentar…timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri KPKT ada yang hendak dimesyuaratkan dalam Dewan ini?.
-Advertisement-
“Rasanya dalam Kabinet pun dah puaskan… jadi bagilah perhatian ketika menteri tengah menjawab, ambil maklumlah ya,” katanya.
Sesi soal jawab kemudiannya bersambung semula di mana Saifuddin menjawab berhubung isu langkah kerajaan memperkukuh lagi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) khususnya daripada segi penambahan perjawatan.
-Beritaharian