Kebakaran di WEF ketika Trump berada di dalam bangunan

Estimate Reading Time: < 1 minute

GENEVA: Penggera kebakaran dibunyikan semalam di Pusat Kongres Davos, lokasi berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia (WEF), ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berada di dalam bangunan.

-Advertisement-

Laporan Anadolu Ajansi memetik agensi berita Switzerland, Keystone-SD, menyatakan jurucakap polis Graubunden berkata, sehingga malam tadi punca sebenar kebakaran itu masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan itu, Trump berada di dalam bangunan berkenaan ketika insiden berlaku selepas menyampaikan ucapan pada sebelah petang.

Polis memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan walaupun pasukan bomba, anggota polis dan ambulans dikerahkan berikutan tahap keselamatan tinggi di sekitar acara berkenaan.

-Advertisement-

Insiden itu adalah amaran kecemasan berkaitan kebakaran kedua yang berlaku di Davos pada malam sama.

Polis berkata, sebuah pondok berhampiran sebuah hotel turut terbakar, menyebabkan tetamu hotel dipindahkan sementara.

Menurut polis , tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

-BeritaHarian