TANJONG MALIM, 16 April 2026 — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerajui pelaksanaan projek pemuliharaan hutan berteknologi pintar di kawasan Central Forest Spine (CFS) Gerik, Perak selepas menerima geran antarabangsa berjumlah RM3 juta menerusi inisiatif EduGreen@UPSI.
Geran itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Procter & Gamble (P&G) Amerika Syarikat dan World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) di bawah program Nature Pillar bagi pelaksanaan projek Integrated Smart Bioacoustic Project for Wildlife & Forest Conservation.
Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, UPSI sebagai peneraju projek memfokuskan pembangunan teknologi konservasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan bioakustik pintar bagi memperkukuh pemantauan biodiversiti serta keselamatan hutan secara masa nyata di kawasan CFS.

Dr. Md Amin berkata, peranan universiti sebagai peneraju projek itu mencerminkan keupayaan institusi berkenaan dalam menggabungkan kepakaran teknologi dan penyelidikan bagi menyokong agenda pemuliharaan hutan negara.
“Melalui penerapan teknologi AI dan IoT, UPSI berupaya membangunkan sistem pemantauan hutan secara masa nyata yang lebih cekap dan berimpak tinggi dalam usaha melindungi hidupan liar serta ekosistem hutan.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program Nature Pillar WWF-Malaysia dan P&G Amerika Syarikat di Belum Rainforest Resort, Perak, yang menghimpunkan kepimpinan industri global, organisasi konservasi antarabangsa serta delegasi UPSI sebagai rakan strategik utama pelaksana projek.
Turut hadir Pengerusi WWF-Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar bersama barisan pengurusan tertinggi WWF-Malaysia, wakil kepimpinan P&G Amerika Syarikat

-Advertisement-
Menurut beliau, kerjasama strategik bersama WWF-Malaysia dan P&G Amerika Syarikat turut membuka peluang penglibatan lebih luas dalam kalangan penyelidik, pelajar serta komuniti setempat.
Program Nature Pillar di pihak WWF-Malaysia diterajui oleh Dr Karthigayan Gunasegaran yang menyelaras pelaksanaan strategik inisiatif konservasi berimpak tinggi bersama rakan industri global dan institusi akademik termasuk UPSI.
Projek berkenaan diketuai oleh Prof Dr Che Zalina Zulkifli dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), UPSI sebagai ketua projek yang menerajui pembangunan sistem pemantauan hidupan liar bersepadu berasaskan teknologi pintar.
Pasukan penyelidik EduGreen@UPSI turut melibatkan Dr. Nor Asiah Mohamad @Razak, Dr. Okta Nurika, Dr. Salem Abdullah Salem Garfan, Dr. Mad Helmi Ab Majid dan Dr. Suhazlan Suhaimi, manakala Prof Dr. Ridzwan Che Rus bertindak sebagai Ketua Sub-Projek Ekologi yang menyokong pembangunan rangka kerja saintifik pemetaan biodiversiti serta analisis habitat secara bersepadu di kawasan CFS.
“Kejayaan itu turut mengukuhkan kedudukan UPSI sebagai institusi pendidikan yang memimpin inovasi teknologi konservasi hutan tropika berasaskan AI dan IoT di Malaysia serta rantau ini.,” ujar beliau.
Ditulis oleh
BAZLI BIN ABDUL RAZAKPegawai Unit Media,
Bahagian Komunikasi Korporat,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Tel: +601125616292Email: bazli.razak@upsi.edu.my
The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of The Capital Post.