KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan seorang warga tempatan dari Selangor dikesan positif koronavirus, dalam 1 daripada 2 kes baru yang dimaklumkan kepada media hari ini.
-Advertisement-
Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan sejarah perjalanan individu itu, dia berada di negara jiran sebelum jangkitan.
“Ini menjadikan kes pertama membabitkan rakyat warganegara Malaysia,” katanya ketika sidang media hari ini.
-Advertisement-
Dzulkefly berkata, warga tempatan berusia 41 tahun itu dikesan dijangkiti virus tersebut selepas menghadiri mesyuarat di negara jiran.
Dengan penambahan 2 kes baru itu, menjadikan jumlah keseluruhan individu positif koronavirus ialah seramai 10 orang di negara ini. -FMT