KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Program Eksplorasi Bahasa KPWKM 2026 yang berlangsung pada 29 Oktober 2026 menyemarakkan suasana dengan pelbagai aktiviti interaktif bertemakan “Kembali Ke Zaman Silam”.
Program tersebut menyaksikan penyertaan lima kumpulan yang menyahut cabaran di enam stesen berbeza. Setiap stesen menguji pengetahuan bahasa, kreativiti serta keupayaan peserta bekerjasama sebagai satu pasukan.
-Advertisement-
Laungan semangat daripada setiap kumpulan turut memeriahkan perjalanan aktiviti, sekali gus mewujudkan suasana penuh keterujaan dan semangat sepanjang program berlangsung.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memupuk minat terhadap bahasa kebangsaan serta menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). – The Capital Post