Minggu Perpaduan Meriah di Muzium Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 11 Mei 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perpaduan Negara bakal menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei ini di Muzium Negara dengan pelbagai pengisian menarik untuk masyarakat pelbagai kaum.

Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu dijangka menjadi platform memperkukuh semangat perpaduan menerusi aktiviti berteraskan budaya, warisan dan kebersamaan rakyat Malaysia.

Antara tarikan utama yang disediakan termasuk Food Unites, Rumah KAMI dan Sukan Rakyat selain pameran Saya Anak Malaysia yang mengetengahkan kepelbagaian budaya serta identiti nasional negara.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan Colors of Malaysia dan pertunjukan silap mata selain menyertai aktiviti riadah seperti Zumba dan Unity Brisk Walk Busana Etnik yang dijangka meriah dengan penyertaan masyarakat setempat.

-Advertisement-

Tidak ketinggalan, program Bermalam di Muzium turut menjadi antara pengisian unik yang disediakan sepanjang sambutan berkenaan bagi memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung.

Kementerian Perpaduan Negara mengalu-alukan kehadiran warga Kuala Lumpur dan orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut yang ditawarkan secara percuma kepada semua pengunjung. – The Capital Post