PUTRAJAYA 15 Mei 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (Inter-Agency Planning Group – IAPG) bagi Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Alam Sekitar di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Bilangan 1 Tahun 2026, yang berlangsung di Putrajaya pada 14 Mei 2026.
Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan serta pengesahan maklumat sasaran dan output bagi strategi serta inisiatif di bawah Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Kesejahteraan Rakyat dan Alam Sekitar, sebagai usaha memperkukuh agenda pembangunan negara yang lebih inklusif dan mampan.
Menurut kementerian, sesi berkenaan turut menjadi platform penyelarasan antara agensi bagi memastikan pelaksanaan dasar dan program di bawah RMK13 dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, berfokus dan selari dengan keperluan semasa negara.
-Advertisement-
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), yang turut menekankan kepentingan kerjasama rentas agensi dalam memastikan keberhasilan inisiatif kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar tercapai. – The Capital Post