PUTRAJAYA 19 Mei 2026 (The Capital Post) – Orang ramai dimaklumkan mengenai ketetapan cuti umum bagi sambutan Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2026 yang melibatkan susunan cuti gantian serta cuti wajib di seluruh negara.
Sambutan Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026 (Ahad) akan memberikan kelayakan cuti gantian kepada pekerja pada 2 Jun 2026 (Selasa), selaras dengan peruntukan dan ketetapan cuti umum semasa.
-Advertisement-
Dalam masa yang sama, Hari Keputeraan Rasmi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang disambut pada 1 Jun 2026 (Isnin) kekal sebagai cuti umum wajib yang perlu diberikan kepada semua pekerja tanpa penggantian, berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerja 1955.
Ketetapan ini diharap dapat membantu orang ramai merancang urusan kerja, perjalanan dan komitmen harian dengan lebih teratur serta efisien menjelang tempoh cuti berkenaan. – The Capital Post