Vital Factor Cup 2026 Tawar RM15,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA 23 Mei 2026 (The Capital Post) – Pertandingan kejuruteraan kreatif Vital Factor Consulting Cup 2026: MACSian74 Bridge Over Troubled Waters kembali dianjurkan tahun ini dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM15,000 kepada peserta yang berjaya menghasilkan reka bentuk jambatan terbaik menggunakan bahan terhad.

Edisi kali ini turut menyaksikan kembalinya adik-beradik Lai Ruishan dan Lai Ruixia yang pernah mencipta kejayaan dalam pertandingan terdahulu dan kini bersedia mempertahankan reputasi mereka sebagai antara peserta paling berjaya dalam sejarah pertandingan berkenaan.

Ruishan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan juara pada tahun 2009, manakala Ruixia mengetuai pasukannya muncul juara pada 2012 menerusi pembinaan jambatan yang mampu menampung beban sehingga 38.9 kilogram hanya menggunakan batang aiskrim, tali dan gam.

Menurut Ruishan, pertandingan tersebut bukan sekadar platform menguji kreativiti dan kemahiran teknikal, malah menjadi titik tolak kepada perjalanan kerjayanya dalam bidang kejuruteraan.

Beliau yang kini bertugas sebagai jurutera projek di Sunway Construction berkata pengalaman menyertai pertandingan itu telah membuka minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sehingga melanjutkan pengajian di University of Nottingham.

-Advertisement-

Vital Factor Consulting Cup 2026 merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang terbuka kepada sekolah, universiti, syarikat korporat serta individu yang ingin menguji kreativiti, inovasi dan kemahiran kejuruteraan masing-masing.

Pertandingan dijadual berlangsung pada 27 Jun 2026 di SMK Methodist (ACS) Melaka manakala tarikh akhir pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 13 Jun 2026.

Program tersebut dianjurkan oleh Vital Factor Consulting Sdn Bhd dengan sokongan Ikhua Engineering Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh diperoleh melalui Vital Factor Consulting Cup 2026 manakala pendaftaran boleh dibuat di Borang Pendaftaran Pertandingan. – The Capital Post