YB Fadhlina Sidek Santuni Belia di Ruang Kalcer

Estimate Reading Time: < 1 minute

NIBONG TEBAL, 28 Mei 2026 (The Capital Post) – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek meluangkan masa mengunjungi “Ruang Kalcer”, sebuah ruang komuniti anak muda di Nibong Tebal yang menjadi platform menyokong aspirasi belia serta memperkasa perniagaan tempatan.

Menurut perkongsian YB Fadhlina Sidek menerusi Facebook, ruang berkenaan diusahakan oleh anak tempatan muda dikenali sebagai Firas dengan matlamat menjadikan Nibong Tebal sebagai lokasi yang selesa dan menenangkan untuk masyarakat setempat, khususnya golongan belia.

Beliau turut memuji suasana di premis tersebut yang disifatkan tenang selain menawarkan hidangan dan minuman yang enak kepada pengunjung.

Dalam kunjungan itu, YB Fadhlina Sidek turut berpeluang berkongsi sup dan gulai daripada majlis korban MADANI bersama anak-anak muda yang hadir sambil meluangkan masa bertukar pandangan dan cerita.

-Advertisement-

Beliau berkata, interaksi bersama golongan muda amat penting kerana ia membuka ruang lebih luas untuk memahami keperluan serta harapan mereka demi masa depan negara yang lebih baik.

Katanya lagi, semakin banyak ruang perbincangan dan perkongsian bersama anak muda diwujudkan, semakin banyak usaha yang boleh digerakkan untuk manfaat generasi tersebut serta pembangunan negara secara keseluruhan. – The Capital Post