BANGKOK, 28 Mei 2026 (The Capital Post) – Delegasi Malaysia menghadiri Majlis Perasmian Rasmi THAIFEX-Anuga Asia 2026 yang berlangsung di IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok dan disempurnakan oleh H.E. Anutin Chanvirakul, Perdana Menteri Thailand.
THAIFEX-Anuga Asia merupakan antara pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar di Asia yang menghimpunkan pemain industri, usahawan serta pelabur dari pelbagai negara bagi meneroka peluang perdagangan dan kerjasama strategik.
Penyertaan Malaysia dalam acara antarabangsa itu dilihat sebagai platform penting untuk memperluas jaringan perniagaan, memperkukuh akses pasaran eksport serta membuka lebih banyak peluang kerjasama kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan di peringkat global.
Sempena majlis perasmian tersebut, delegasi Malaysia turut berpeluang mengadakan pertemuan dan sesi ramah mesra bersama kepimpinan tertinggi Thailand sebagai simbol hubungan erat serta komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pembangunan serantau.
-Advertisement-
Selain itu, sesi lawatan ke ruang pameran turut diadakan bagi meninjau perkembangan industri makanan dan minuman serta meneroka potensi kerjasama baharu bersama pemain industri antarabangsa.
Penyertaan Malaysia dalam THAIFEX-Anuga Asia 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara sekali gus meningkatkan daya saing serta memperluas penembusan produk tempatan ke pasaran antarabangsa. – The Capital Post