KUALA LUMPUR 29 Mei 2026 (The Capital Post) – Isu tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak 1990-an kembali menjadi perhatian selepas lawatan tinjauan dilakukan oleh YB Puan Hannah Yeoh yang menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan semasa kawasan berkenaan.
Beliau menyatakan bahawa keadaan projek yang tidak diteruskan itu bukan sahaja memberi kesan kepada imej bandar raya Kuala Lumpur, malah turut menimbulkan persoalan berkaitan aspek keselamatan serta keselesaan penduduk dan pengguna ruang bandar.
Sehubungan itu, Kerajaan MADANI sedang meneliti dan mengenal pasti penyelesaian terbaik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.
-Advertisement-
Usaha ini dijangka akan memberi fokus kepada pemulihan semula kawasan terbabit demi kesejahteraan bandar raya serta manfaat jangka panjang kepada warga Kuala Lumpur.
Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan bandar dilaksanakan secara lebih terancang dan memberi manfaat kepada rakyat. – The Capital Post