Majlis Kerohanian IPD Ampang Jaya

Estimate Reading Time: < 1 minute

AMPANG JAYA 29 Mei 2026 (The Capital Post) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Siri 4 bagi bulan Mei 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IPD berkenaan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Khairul Anuar bin Khalid, sebagai tanda sokongan terhadap program kerohanian dan pengukuhan nilai integriti dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program anjuran Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Ampang Jaya itu diadakan bagi memohon kesejahteraan, keselamatan, keamanan serta keharmonian berterusan di daerah Ampang Jaya khususnya.

-Advertisement-

Dalam masa yang sama, doa turut dipanjatkan agar seluruh anggota PDRM sentiasa diberikan kekuatan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian, pegawai polis serta pegawai awam IPD Ampang Jaya yang bersama-sama menjayakan program tersebut. – The Capital Post