Next Post
-Advertisement-
PUTRAJAYA, 9 June 2026 (The Capital Post) – Kementerian Komunikasi menerima Anugerah Sijil Cemerlang bagi Kategori Kementerian pada Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2026 yang berlangsung di Dewan Damar, Parcel F, Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, hadir pada majlis berkenaan yang menyaksikan anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.
Menurut perkongsian di Facebook Kementerian Komunikasi, pengiktirafan itu diberikan atas kecemerlangan kementerian dalam pengurusan keselamatan perlindungan berdasarkan penilaian dan pengauditan inspektorat yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025.
Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan penting terhadap dedikasi dan komitmen kementerian dalam memperkukuh tadbir urus, mematuhi standard keselamatan perlindungan yang ditetapkan serta memastikan tahap integriti dan kesiapsiagaan yang tinggi dalam melindungi maklumat dan aset kerajaan.
Kementerian Komunikasi turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warganya atas komitmen yang diberikan dalam memastikan kecemerlangan berterusan dalam aspek keselamatan perlindungan dan tadbir urus organisasi.
Pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan kementerian dalam memperkukuh sistem pengurusan serta menyokong agenda kerajaan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berintegriti, cekap dan berdaya tahan. – The Capital Post
-Advertisement-
Next Post
-Advertisement-