-Advertisement-
PUTRAJAYA, 9 June 2026 (The Capital Post) – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerima kunjungan hormat Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara dalam satu sesi yang berlangsung di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya, pada Isnin.
Menurut perkongsian di Facebook Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, sesi tersebut menjadi platform bagi pertukaran pandangan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama serta memperkasa diplomasi seni dan budaya di peringkat antarabangsa.
Perbincangan turut memfokuskan usaha memperluas jaringan kerjasama antara MOTAC dan perwakilan Malaysia di luar negara bagi meningkatkan keterlihatan negara di pasaran global, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan dan industri kreatif.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, MOTAC menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri serta semua perwakilan diplomatik Malaysia dalam memperkukuh imej negara menjelang Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Usaha berterusan itu dilihat penting dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa di samping memperkenalkan kekayaan seni, budaya dan warisan negara kepada masyarakat global. – The Capital Post.
-Advertisement-
-Advertisement-