DSAI Ucap Tahniah kepada PM India Modi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 10 Jun 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah beliau sebagai Perdana Menteri India yang paling lama berkhidmat menerusi mandat pilihan raya.

Menurut kenyataan tersebut, pencapaian berkenaan mencerminkan komitmen serta dedikasi berterusan beliau dalam menerajui pembangunan negara, memperkukuh kemakmuran rakyat serta meningkatkan kedudukan India di pentas global.

Malaysia turut menzahirkan penghargaan terhadap hubungan persahabatan yang erat dan telah lama terjalin antara kedua-dua negara, selain menekankan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala pada masa hadapan.

-Advertisement-

Kenyataan itu turut menyatakan harapan agar hubungan Malaysia–India terus diperkasa melalui peluasan peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping mendoakan India terus menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran di bawah kepimpinan sedia ada. – The Capital Post