SPR Keluarkan Kemas Kini Pengundian Awal 10 Pagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA 10 NOVEMBER 2026 (The Capital Post) – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan kemas kini terbaharu mengenai proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 setakat jam 10 pagi ini.

Seramai 12,531 pengundi awal layak menunaikan tanggungjawab mereka menerusi 31 pusat pengundian yang disediakan di seluruh negeri.

Jumlah tersebut merangkumi 9,769 anggota tentera bersama pasangan masing-masing serta 2,762 anggota polis.

Proses pengundian awal bermula pada jam 8 pagi ini bagi membolehkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebelum hari pengundian biasa yang dijadualkan pada 14 November ini.

Di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Ayer Keroh, seramai 817 anggota polis layak mengundi.

-Advertisement-

Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup secara berperingkat mengikut waktu operasi masing-masing, iaitu antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

PRU DUN Melaka Ke-16 diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 23 September lalu, dengan seramai 687,697 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi DUN.

Kemas kini berkenaan berdasarkan maklumat yang disiarkan menerusi laman rasmi SPR pada 10 November 2026 – The Capital Post.