Malaysia Perkukuh Hubungan Ekonomi Dengan Turkmenistan

Estimate Reading Time: < 1 minute

ASHGABAT 17 Jun 2026 (The Capital Post) – Malaysia terus memperluaskan jaringan kerjasama ekonomi antarabangsa apabila Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke Ashgabat, Turkmenistan yang bermula semalam.

Lawatan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan, khususnya dalam mengenal pasti peluang kerjasama strategik yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sektor-sektor berpotensi tinggi.

Turkmenistan dilihat sebagai rakan penting dalam industri tenaga global, dengan peluang kerjasama yang luas merangkumi pembangunan sumber hidrokarbon, pelaburan strategik serta penglibatan syarikat Malaysia dalam rantaian nilai industri tenaga di peringkat antarabangsa.

Penyertaan Menteri Ekonomi dalam delegasi rasmi negara mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan negara-negara rakan strategik serta membuka ruang kepada peluang pelaburan dan perdagangan yang lebih meluas.

-Advertisement-

Lawatan ini juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk meneroka sumber pertumbuhan baharu, meningkatkan daya saing ekonomi negara dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap ekonomi global menerusi kerangka Ekonomi MADANI.

Melalui kerjasama yang diperkukuh dengan Turkmenistan, Malaysia berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara, khususnya dalam sektor tenaga dan pelaburan strategik. – The Capital Post