Perdana Menteri Luang Masa Bersama Penduduk Segamat

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEGAMAT 25 Jun 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sempat meluangkan masa menziarahi penduduk di Kampung Sulir, Segamat dalam satu kunjungan santai yang mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Dalam lawatan ringkas tersebut, beliau berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk kampung sebagai sebahagian daripada pendekatan turun padang bagi mendengar sendiri pandangan serta keadaan komuniti di peringkat akar umbi.

Selesai kunjungan di kampung berkenaan, Perdana Menteri turut meluangkan masa bersantai di Taman Yayasan, Segamat dengan menikmati buah durian bersama orang ramai sebelum berangkat pulang.

-Advertisement-

Pendekatan santai seperti ini mencerminkan usaha berterusan kepimpinan negara untuk mendekati rakyat secara lebih dekat dan mesra, di samping memahami denyut nadi kehidupan masyarakat di pelbagai peringkat. – The Capital Post