KSU PETRA Tinjau Kesiapsiagaan JPP

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli, telah mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bagi menilai tahap kesiapsiagaan jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus berada pada tahap terbaik.

Lawatan ke salah sebuah agensi di bawah PETRA itu bertujuan meninjau pelaksanaan operasi harian di samping memastikan setiap aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dilaksanakan secara cekap, telus dan berkesan mengikut standard yang ditetapkan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menekankan kepentingan membudayakan prestasi kerja cemerlang, disiplin yang tinggi, integriti serta akauntabiliti dalam kalangan warga JPP sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan diyakini rakyat.

-Advertisement-

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi PETRA untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memupuk budaya profesionalisme dalam semua agensi di bawah kementerian demi memastikan perkhidmatan awam sentiasa memenuhi keperluan rakyat. – The Capital Post