JAKARTA 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan majlis makan malam jaringan di Jakarta sempena DEX CONNEX Indonesia 2026, yang menghimpunkan rakan strategik Indonesia, syarikat teknologi Malaysia serta tetamu jemputan dalam satu platform kerjasama rentas sempadan.
Program tersebut dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas peluang kolaborasi antara ekosistem digital Malaysia dan Indonesia, selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi digital serantau.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Trade Commissioner MATRADE Jakarta, Suresh Kumar R. Palasanthiran, Pengarah Urusan Kumpul Indonesia, Mega Prawita, serta Presiden Malaysia Chambers of Commerce Indonesia (MCCI), Mani Wannan Lechumanan.
-Advertisement-
Platform jaringan ini berfungsi sebagai ruang strategik bagi menggalakkan dialog terbuka, perkongsian pandangan serta penerokaan peluang kerjasama masa hadapan antara pemain industri kedua-dua negara, khususnya dalam memperkukuh inovasi dan transformasi digital.
Inisiatif ini selari dengan matlamat DEX CONNEX yang memberi penekanan kepada pembangunan hubungan strategik serantau, sekali gus menyokong pertumbuhan ekosistem digital ASEAN yang lebih bersepadu, berdaya saing dan mampan. – The Capital Post