PUTRAJAYA 1 Julai 2026, (The Capital Post) – Sesi Tayangan Khas filem Khadam telah diadakan di GSC IOI City Mall sebagai platform memperluaskan pendedahan mengenai perkembangan industri kreatif negara serta meningkatkan pemahaman terhadap sumbangan sektor berkenaan kepada pembangunan ekonomi dan budaya Malaysia.
Program tersebut menghimpunkan pegawai serta kakitangan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), SIRIM, MIDA, NMIM, EXIM Bank, SME Bank dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Khairol Anuar Mohammad Tawi, serta YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan.
-Advertisement-
Turut memeriahkan sesi tayangan ialah barisan pelakon filem Khadam yang terdiri daripada YBhg. Datuk Remy Ishak, Zarra Zhaf dan Karl El, yang bersama-sama menyokong usaha mempromosikan karya tempatan kepada pelbagai pihak berkepentingan.
Penganjuran sesi tayangan khas ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem industri kreatif negara, selain membuka ruang kepada kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain industri bagi memacu pertumbuhan sektor kreatif sebagai penyumbang penting kepada ekonomi serta pembangunan budaya negara. – The Capital Post