PAC Teliti Pengurusan Kewangan UKM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 1 Julai 2026, (The Capital Post) – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia meneruskan mesyuarat dan prosiding sepanjang minggu ini walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh fungsi semak dan imbang terhadap pengurusan kewangan serta pentadbiran sektor awam.

Antara fokus utama prosiding kali ini ialah penelitian terhadap pengurusan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Prosiding tersebut bertujuan meneliti aspek tadbir urus, pengurusan kewangan dan pematuhan terhadap tatacara yang ditetapkan bagi memastikan kutipan hasil serta perbelanjaan universiti diurus secara telus, berhemah dan berakauntabiliti.

-Advertisement-

Mesyuarat PAC diteruskan sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi memastikan tanggungjawab jawatankuasa dalam meneliti isu-isu berkaitan pengurusan kewangan awam dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa menjejaskan perjalanan urusan Parlimen.

Penelitian berterusan oleh PAC dilihat penting dalam memperkukuh ketelusan, integriti dan akauntabiliti institusi awam, sekali gus memastikan setiap perbelanjaan wang awam diurus dengan cekap serta memberi manfaat kepada rakyat. – The Capital Post