Subsidi Diesel Bersasar Beri Penjimatan Kepada Pengguna Layak

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 7 Julai 2026 (The Capital Post) – Kerajaan meneruskan inisiatif subsidi diesel bersasar menerusi penetapan harga diesel bersubsidi sebanyak RM2.10 seliter bagi membantu mengurangkan beban kos rakyat.

Melalui kemudahan tersebut, pengguna diesel berpeluang menikmati penjimatan perbelanjaan harian dengan kadar bantuan yang disediakan. Pengguna yang menerima subsidi bagi penggunaan 200 liter diesel boleh menikmati penjimatan sehingga RM374 sebulan, manakala penggunaan sehingga 300 liter pula memberikan penjimatan sehingga RM561 sebulan.

Kerajaan turut menyediakan kemudahan permohonan tambahan sebanyak 100 liter bagi individu yang layak melalui saluran rasmi yang ditetapkan.

-Advertisement-

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan bantuan subsidi disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan, di samping membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Maklumat lanjut mengenai permohonan tambahan boleh diperoleh melalui portal rasmi BUDI MADANI. The Capital Post