Kerajaan Jelaskan Status Pengecualian Cukai Yayasan Pendidikan TARC

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 7 Julai 2026 (The Capital Post) – Dakwaan bahawa kerajaan memungkiri janji berkaitan pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan Tunku Abdul Rahman (TARC) adalah tidak benar, menurut penjelasan Kementerian Kewangan.

 

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan telah melanjutkan pengecualian cukai secara interim bagi tempoh tiga tahun sementara proses penambahbaikan serta pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan sedang diselesaikan.

Langkah berkenaan menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu memudah cara urusan berkaitan, di samping memastikan semua kelulusan pengecualian cukai diberikan berdasarkan peruntukan undang-undang percukaian yang sedang berkuat kuasa.

-Advertisement-

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa pendekatan kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan pihak berkaitan, namun setiap keputusan perlu melalui proses pematuhan dan penilaian yang sewajarnya bagi menjaga integriti sistem percukaian negara.

Kerajaan akan terus memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara telus, teratur dan selaras dengan dasar serta peraturan yang telah ditetapkan The Capital Post