Hospital TABTAR Perintis Rawatan Cochlear™ Osia®

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 10 Julai 2026, (The Capital Post) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) mencipta sejarah apabila menjadi hospital pertama di Malaysia yang melaksanakan rawatan menggunakan teknologi inovatif Cochlear™ Osia® System bagi membantu pesakit yang mengalami masalah pendengaran.

Kejayaan itu turut menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tujuh bulan menjadi pesakit kanak-kanak pertama di Malaysia serta yang termuda di Asia Tenggara menerima rawatan menggunakan sistem berkenaan.

Pencapaian tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan Hospital TABTAR sebagai pusat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkan rawatan Cochlear™ Osia® System khusus untuk pesakit kanak-kanak.

-Advertisement-

Pelaksanaan teknologi perubatan itu dijangka memperluaskan akses kepada rawatan pendengaran bertaraf antarabangsa, selain meningkatkan peluang pesakit kanak-kanak memperoleh intervensi yang lebih efektif bagi memperbaiki kualiti hidup mereka.

Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital TABTAR dalam memperkasa inovasi serta kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara melalui penggunaan teknologi perubatan moden yang memberi manfaat kepada masyarakat. – The Capital Post