MIC Dijangka Bertanding Dua Kerusi DUN PRN Negeri Sembilan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN, 15 Julai 2026 (The Capital Post) – Malaysian Indian Congress (MIC) dijangka akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di bawah tiket Barisan Nasional (BN), menurut sumber dalaman.

Sumber memaklumkan bahawa MIC dijangka menamakan Ahli Majlis Tertinggi MIC (CWC), Datuk Thinalan Rajagopal, sebagai calon bagi kerusi DUN N24 Seremban Jaya dan Pengerusi MIC Bahagian Port Dickson, En. Achuthan Alagan di kerusi DUN N33 Sri Tanjung.

Barisan Nasional dijadual mengumumkan senarai rasmi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi Majlis Pelancaran Jentera BN yang berlangsung malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

-Advertisement-

Datuk Thinalan dijangka berdepan calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, S. Mugunthan, yang telah diumumkan bagi kerusi N24 Seremban Jaya manakala bagi kerusi N33 Sri Tanjung pula, Achuthan dijangka menentang calon PH daripada PKR, Dato Dr. Rajasekaran Gunnasekaran, yang merupakan Adun dari kawasan tersebut – The Capital Post.