NRES Perkukuh NbS Hadapi Cabaran Iklim

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING 15 Julai 2026, (The Capital Post) – Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BPBP), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBrs. Encik S. Siva Kumar telah menyampaikan ucapan pada sesi plenari sempena Malaysian Conservation Conference (MCC) 2.0 yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Menerusi sesi bertajuk “Harnessing Nature-Based Solutions: Aligning Climate Action with Biodiversity Goals”, beliau menegaskan kepentingan pendekatan Nature-based Solutions (NbS) sebagai strategi bersepadu dalam menangani perubahan iklim serta kehilangan biodiversiti. Pendekatan ini menyokong usaha memperkukuh ketahanan ekosistem, pemulihan alam sekitar dan pembangunan mampan negara.

Beliau turut berkongsi usaha serta pencapaian Malaysia dalam pemuliharaan biodiversiti, pemulihan ekosistem, pengurusan hutan secara mampan dan pelaksanaan inisiatif berasaskan alam selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022–2030, komitmen di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) serta agenda perubahan iklim negara.

-Advertisement-

Selain itu, beliau turut bertindak sebagai moderator bagi sesi panel “Climate Change and Nature” yang menghimpunkan pakar dari Malaysia dan Singapura bagi membincangkan cabaran, inovasi serta amalan terbaik dalam mengintegrasikan pemuliharaan biodiversiti dengan tindakan perubahan iklim.

Sesi tersebut turut memberi penekanan terhadap pengurusan kawasan perlindungan, pemantauan biodiversiti melalui teknologi serta kerjasama pelbagai pihak dalam memperluas pelaksanaan Nature-based Solutions di peringkat serantau – The Capital Post