1,271 Warga JKNT Terima Pengiktirafan APC dan Jasamu Dikenang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU 17 Julai 2026 (The Capital Post) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) meraikan seramai 1,271 warga kerjanya menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan prestasi serta jasa bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) itu telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim Wan Muhammad.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,138 warga kerja menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025, manakala 133 lagi menerima Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang Tahun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan dedikasi mereka kepada perkhidmatan awam.

-Advertisement-

Majlis berkenaan mencerminkan komitmen JKNT dalam menghargai warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang serta memberi penghormatan kepada mereka yang telah mencurahkan khidmat bakti sepanjang berada dalam organisasi.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berharap pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan, sekali gus memastikan masyarakat menerima perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan. – The Capital Post