MELAKA, 6 Ogos 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memperkukuh sinergi antara pihak pengurusan dan warga kerja menerusi Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2026 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot.
Mesyuarat yang berlangsung di Melaka itu menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan organisasi, kebajikan kakitangan serta usaha mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kementerian.
Sesi berkenaan turut membuka ruang perbincangan dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja bagi memperkukuh hubungan profesional, memahami keperluan semasa kakitangan serta merangka penambahbaikan yang mampu menyokong pembangunan organisasi secara lebih dinamik.
Antara fokus utama mesyuarat ialah mempertingkat kesejahteraan warga kerja, memperkukuh tadbir urus serta memastikan penyampaian perkhidmatan MOTAC terus berada pada tahap terbaik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
-Advertisement-
Selain mesyuarat tersebut, sesi lawatan product update turut diadakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka sebagai usaha mempererat hubungan kerjasama antara kementerian dan agensi, di samping memberi pendedahan terhadap perkembangan produk serta inisiatif berkaitan seni dan kraf negara.
MOTAC berharap pelaksanaan MBJ secara berterusan dapat menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih harmoni, produktif dan kondusif dalam memperkasa kecemerlangan organisasi. – The Capital Post