PUTRAJAYA 15 Ogos 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, menerima kunjungan hormat daripada dua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang baharu dilantik bagi Sabah dan Kedah, hari ini.
Kunjungan tersebut melibatkan Pengarah JPN Sabah, YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan dan Pengarah JPN Kedah, YBrs. Tuan Azhari bin Abdul Rashid, yang masing-masing akan memulakan tugas secara rasmi pada 17 Ogos 2026.
Pelantikan kedua-dua pegawai berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan pengurusan serta tadbir urus pendidikan di peringkat negeri terus diperkukuh bagi menyokong agenda pembangunan pendidikan negara.
-Advertisement-
Kementerian Pendidikan turut merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua Pengarah baharu tersebut serta berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi mempertingkatkan kualiti pengurusan pendidikan dan memacu kecemerlangan institusi pendidikan di Sabah dan Kedah.
Pelantikan itu juga diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara kepimpinan pendidikan negeri dengan warga pendidik serta pihak berkepentingan dalam memastikan aspirasi pendidikan negara terus diterjemahkan secara berkesan di peringkat akar umbi. – The Capital Post