PUTRAJAYA, 25 Ogos 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi memperkukuh Sistem Notice of Change (iNOC) 2.0 bagi meningkatkan kecekapan pengurusan permohonan perubahan projek pembangunan negara.
Sistem iNOC dibangunkan bagi merekod status Permohonan Notis Perubahan atau Notice of Change (NOC) berkaitan projek-projek pembangunan negara.
Sejajar dengan usaha kerajaan membangunkan sistem pentadbiran awam yang tangkas, selamat dan mesra pengguna, Bengkel Pemantapan Sistem iNOC 2.0 Kementerian Ekonomi diadakan dari 19 hingga 21 Ogos 2026 di Bilik Jamuan, Aras 8, Menara Prisma.
-Advertisement-
Bengkel berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkemas reka bentuk fungsi sistem, meneliti permohonan perubahan sistem atau Change Request (CR) yang diterima serta memastikan fungsi iNOC 2.0 selaras dengan visi digital masa hadapan Kementerian Ekonomi.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Ekonomi, bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem pentadbiran digital kementerian agar lebih cekap dan responsif. – The Capital Post