Fadhlina Edar Jalur Gemilang Kepada Penduduk Nibong Tebal

Estimate Reading Time: < 1 minute

NIBONG TEBAL, 30 Ogos 2026 (The Capital Post) – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek turun padang mengedarkan Jalur Gemilang dari rumah ke rumah kepada penduduk kawasan berkenaan sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Beliau berkata peluang menyerahkan Jalur Gemilang secara langsung kepada rakyat Nibong Tebal memberikan pengalaman yang bermakna, selain mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Menurutnya, semangat patriotisme perlu diterjemahkan melalui tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan maruah negara.

-Advertisement-

Beliau turut menyeru masyarakat supaya terus memelihara Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab serta menyemarakkan kecintaan terhadap tanah air. – The Capital Post