Anwar Perkukuh Kerjasama Persekutuan-Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN, 30 Ogos 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di Pulau Pinang dengan menghadiri majlis minum petang bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan serta kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, khususnya dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri terus diperkasakan.

Anwar berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak penting bagi memastikan agenda pembangunan serta kepentingan rakyat dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

-Advertisement-

Beliau turut berharap kerjasama sedia ada antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat terus diperkukuh demi manfaat rakyat serta pembangunan negeri. – The Capital Post