SEPANG, 31 Ogos 2026 (The Capital Post) – Dua penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil yang dilaporkan melarikan diri baru-baru ini berjaya ditahan semula secara berasingan.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan pada Jumaat dan Sabtu lalu sebelum dibawa kembali ke PUSPEN Dengkil.
Menurut beliau, kedua-duanya akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat bagi tindakan perundangan.
-Advertisement-
Sebelum ini, berita mengenai dua penghuni terbabit yang dipercayai melarikan diri daripada pusat berkenaan tular di media sosial, termasuk dakwaan mereka menggunakan sebuah kenderaan curi jenis Nissan Frontier bernombor pendaftaran WMK 1809.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.40 pagi pada Khamis, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mior Mohd Nor Azuan Alias. – The Capital Post