LPP Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan, Promosi MAHA 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 1 September 2026 (The Capital Post) – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bersama kontinjen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 menerusi penyertaan dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya, semalam.

Penyertaan LPP dalam acara berkenaan turut menjadi platform untuk mempromosikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang kepada masyarakat.

Pengerusi LPP, Dato’ Wira Hj. Mahfuz bin Omar turut menyertai perbarisan bersama kontinjen KPKM, sekali gus memeriahkan sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara.

-Advertisement-

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini turut memperlihatkan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan serta memperkukuh rasa cinta kepada negara. – The Capital Post