21 Penumpang Cedera Dalam Perlanggaran Feri dan Kapal di Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN, 2 September 2026 (The Capital Post) – Seramai 21 penumpang dilaporkan cedera selepas sebuah feri yang dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kapal, semalam.

Insiden berlaku ketika feri berkenaan sedang dalam pelayaran sebelum bergesel dan bertembung dengan kapal terbabit.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengesahkan kejadian itu menerusi kenyataan rasmi dan memaklumkan semua penumpang yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

-Advertisement-

SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) turut mengambil langkah susulan bagi memastikan kebajikan penumpang yang terlibat diuruskan dengan sewajarnya, selain menjamin keselamatan serta kelancaran operasi pelabuhan.

Sementara itu, pihak pengurusan pelabuhan mengesahkan perkhidmatan feri Pulau Pinang termasuk laluan dan jadual perjalanan beroperasi seperti biasa tanpa gangguan susulan kejadian berkenaan. – The Capital Post