Kementerian Ekonomi Anjur Ceramah Maulidur Rasul

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 4 September 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul peringkat kementerian bertemakan “Rasulullah di Hati, Sunnah Dihayati” bagi menyemarakkan penghayatan terhadap ajaran dan sunnah Rasulullah SAW.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Sri Mohd Shahar Abdullah bersama kepimpinan tertinggi serta warga kerja kementerian.

Ceramah disampaikan Mantan Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkongsi ilmu dan pengajaran berkaitan kehidupan serta sunnah Rasulullah SAW.

-Advertisement-

Penganjuran program tersebut turut mendapat kerjasama Kelab Ekonomi, Bahagian Sumber Manusia dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi.

Kementerian Ekonomi berharap pengisian yang disampaikan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta membantu warga kerja menghayati nilai murni dan akhlak Rasulullah SAW dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. – The Capital Post