MOTAC Perkukuh Promosi Destinasi Pelancongan Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 7 September 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memperkukuh usaha mempromosikan sektor pelancongan negara menerusi penyertaan dalam MATTA Fair 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 6 September 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Penganjuran MATTA Fair 2026 yang berlangsung pada Sabtu, 5 September 2026, menjadi platform penting untuk mengetengahkan kepelbagaian produk serta destinasi pelancongan Malaysia kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Penglibatan MOTAC dalam acara tersebut turut membuka peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai destinasi pelancongan, selain berinteraksi dengan pemain industri dan mendapatkan inspirasi bagi merancang perjalanan serta percutian dalam negara.

Malaysia mempunyai pelbagai tarikan yang merangkumi khazanah seni dan budaya, keindahan alam semula jadi serta pengalaman pelancongan unik yang sesuai untuk pelbagai segmen pelancong.

-Advertisement-

Usaha berterusan dalam mempromosikan kepelbagaian destinasi itu dilihat penting bagi memperluas capaian industri pelancongan, merancakkan aktiviti ekonomi berkaitan serta menggalakkan lebih ramai pelancong meneroka keunikan setiap negeri di Malaysia.

Menerusi platform seperti MATTA Fair, MOTAC bersama pemain industri dapat memperkenalkan lebih banyak produk dan pengalaman pelancongan tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan di rantau ini. – The Capital Post